ARROW

ARROW

INT3TREE ONLINE

INT3TREE ONLINE
DAPATKAN SUPPLEMEN PATUH SYARIAH DI INT3TREE

KLIK FOTO

KLIK FOTO

MOTIVASI MODAL INSAN JUARA

MOTIVASI MODAL INSAN JUARA
KLIK

KLIK FOTO

KLIK FOTO

RAHSIA STRAIGHT A

RAHSIA STRAIGHT A
KLIK FOTO

KLIK FOTO

KLIK FOTO

IKRAR MINDA WIRA

IKRAR MINDA WIRA
KLIK FOTO

KLIK SINI

KLIK  SINI

FOKUS 100%

KLIK FOTO

KLIK FOTO

INT3TREE MALL

INT3TREE MALL
DAFTAR DAN BELI ONLINE

KLIK FOTO

KLIK FOTO

SEDEKAH

KLIK FOTO

KLIK FOTO

KELAS NAFAS DOA

FOKUS 100% FAHAM 100%

PENDAHULUAN

BismillahirRahmanirRahim

Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpahan rahmat, nikmat, petunjuk dan hidayah.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW Rasul junjungan umat manusia akhir zaman.

Tugas guru guru mengajar menyampaikan ilmu di dalam kelas menghadapi berbagai cabaran masa kini. Antara cabaran utama ialah pelajar pelajar kurang fokus atau tidak memberi kerjasama kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Keadaan persekitaran sekolah yang tenang dan terkawal dengan sistem kawalan disiplin pelajar yang berkesan banyak membantu pelajar fokus 100% di dalam kelas.

Keadaan pelajar atau suasana kehidupan hari ini dengan teknologi komunikasi smartfon serta berbagai sosial media juga mempengaruhi fokus pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan di rumah.

Tingkah laku, perangai, akhlak, adab sopan, perhatian dari ibubapa, pemikiran, emosi, latar belakang keluarga, pergaulan, kefahaman ajaran agama dan sebagainya sangat kompleks pada diri pelajar hari ini yang memberi kesan kepada fokus pelajar

Tugas pihak sekolah dan guru guru untuk mendidik dan membina pelajar pelajar menjadi manusia yang berguna dan memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara di dunia dan akhirat sangat mencabar.

Penulis bertugas sebagai guru melebihi 20 tahun, cuba melihat perubahan keadaan pelajar ini dari sudut yang positif. Berbagai pendekatan baru boleh diguna sesuai dengan perkembangan semasa teknologi dunia dan sistem masyarakat.

Walaupun teknologi dunia berubah menyebabkan cara hidup manusia berubah tetapi perkara perkara asas yang membawa kepada kejayaan manusia tetap sama seperti keimanan, ketaqwaan, adab sopan, menghormati ibubapa, menghormati guru, kejujuran, kerajinan, ketekunan, berakhlak mulia, nilai murni, berdisiplin, fokus dan sebagainya.

Pelajar pelajar terbaik yang menduduki 5 tempat teratas dalam tingkatan mungkin secara semulajadi diberi Allah daya fokus yang tinggi, daya ingatan yang kuat dan daya analisa otak yang pintar.

Pelajar pelajar dalam kategori sederhana dan lemah mungkin boleh dilatih dengan kaedah tertentu untuk meningkatkan lagi fokus mereka. Bila mereka lebih fokus semasa PdP, pencapaian mereka dalam peperiksaan juga boleh meningkat. In shaa Allah.

Pemahaman atau kesedaran pelajar berkenaan pentingnya menjaga fokus semasa PdP juga boleh membantu semua pelajar menjaga suasana sekolah yang tenteram dan membantu meningkatkan disiplin pelajar.

Sedikit usaha seperti ini moga memberi manfaat kepada pelajar pelajar dan guru guru membantu meningkatkan fokus pelajar pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan semasa di rumah. In Shaa Allah. Aamiinn.

Sebelum ini Allah telah memberi kekuatan, idea dan petunjuk kepada penulis untuk menulis beberapa ebook yang diberi PERCUMA kepada umum iaitu, Motivasi Modal Insan Juara, Teknik Rahsia Cemerlang Straight A dan Ikrar Minda Wira. Ebook ebook ini boleh dibaca di web berikut www.jomkitamaju.blogspot.com

Jika perkara yang disampaikan dalam ebook ini bermanfaat, mohon share kepada seramai mungkin supaya lebih ramai mendapat manfaatnya. Penulis memohon maaf jika terdapat kekurangan di dalam penulisan atau ada kesilapan kata kata dalam menyampaikan kandungan ebook ini.


Terima kasih.

Zaiful Zakaria

Januari 2023

 

PETUA 1

Mendengar setiap patah perkataan penerangan dari guru di dalam kelas.

Objektif PETUA 1 

Pelajar dapat memberi FOKUS 100% dalam kelas kepada guru dan pengajarannya. (PdP)

Pelajar perlu pastikan setiap patah perkataan yang diucapkan oleh guru didengar dengan tepat, betul dan jelas.

5 perkara yang membantu pelajar mendengar setiap perkataan yang diucapkan oleh guru dengan tepat, betul dan jelas  ialah;

 

1. Mata

2. Telinga

3. Fikiran

4. Hati

5. Emosi

 

1. Mata.

Mata pelajar mesti memandang ke arah muka guru sentiasa semasa guru menyampaikan penerangan.

Walau apa yang berlaku di dalam kelas atau di luar kelas, mata terus ditumpukan kepada wajah guru atau apa yang ditunjukkan oleh guru.

Sekilas saja mata dialihkan dari wajah guru, pelajar mungkin akan tertinggal satu atau lebih perkataan yang diucapkan oleh guru.

Ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat memahami isi penting yang disampaikan oleh guru.

Diri pelajar sendiri yang mengawal mata mereka untuk fokus kepada wajah guru atau apa yang ditunjukkan oleh guru di papan putih, atau di skrin tayangan.

Jika guru bercakap sambil menulis di papan putih, mata pelajar perlu melihat kepada apa yang ditulis oleh guru di papan putih.

 

2. Telinga.

Kedua dua telinga mesti ditumpukan untuk menangkap setiap butir perkataan yang diucapkan oleh guru atau dari penerangan video. Telinga hanya fokus kepada bunyi yang keluar dari mulut guru.

Telinga mesti mendengar setiap perkataan penerangan guru dengan betul, jelas dan tepat.

Abaikan segala bunyi atau suara lain didalam atau di luar kelas, hanya tumpu dan dengar ucapan penerangan dari pihak guru atau penerangan dari video.

Diri pelajar sendiri boleh tentukan bunyi apa yang hendak difokuskan oleh telinga mereka.


3. Fikiran

Fikiran pelajar mesti ditumpukan pada guru untuk memahami penerangan guru semasa PdP

Fikiran pelajar ditumpukan kepada isi isi penerangan guru.

Fikiran perlu tenang serta bersedia untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.

Fikiran mestilah positif bahawa isi isi pelajaran boleh diterima dan difahami dengan izin Allah

Tidak sesekali fikiran pelajar memikirkan perkara lain yang tidak berkaitan dengan isi pelajaran yang sedang disampaikan oleh guru.

Bermakna pelajar perlu menolak perkara perkara lain yang cuba terlintas atau memasuki fikirannya pada masa guru berada di dalam kelas.

Kesedaran dalaman dan disiplin diri perlu kuat untuk pelajar mengawal diri dan fikiran sepanjang guru memberi penerangan di dalam kelas.

Di dalam kelas, fikiran pelajar khas untuk menerima ilmu ilmu yang diajar oleh guru.

Fikiran ini dikawal oleh mata, telinga dan hati yang hanya untuk menerima tunjuk ajar guru di dalam kelas.

Pentingnya mata hanya melihat guru dan telinga mendengar perkataan perkataan yang diucapkan oleh guru.

Jika fikiran berserabut, ambil masa untuk bertenang. Boleh sedut nafas dalam dalam sebanyak 4 ke 5 kali.

Boleh baca selawat (Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad) semasa sedut nafas dan mohon Allah beri ketenangan dan dipermudahkan urusan. In shaa Allah.

 

4. Hati

Hati pelajar hanya fokus kepada guru dan kata kata penerangan isi pelajaran sahaja.

Hati sentiasa tenang dan bersedia untuk menerima ilmu ilmu yang sedang diajar oleh guru.

Perkara perkara yang tidak berkaitan dengan isi isi pengajaran guru pada masa itu hendaklah dilupakan dulu. Hati hanya tumpukan kepada memahami isi pelajaran guru mata pelajaran semasa sahaja.

Ada perkara penting yang berkaitan dengan hati pada PETUA 2.

Hati adalah bahagian yang mempunyai peranan penting dalam menerima dan memahami ilmu.

Amalan amalan ibadah, zikir zikir memuji Allah, istighfar memohon keampunan Allah, selawat ke atas nabi Muhammad SAW, doa doa permohonan kepada Allah boleh memudahkan hati menerima dan memahami ilmu ilmu yang dipelajari.

Dalam Islam adalah penting menjaga kesucian hati kerana ianya tempat penilaian keimanan kepada Allah.

Hati yang suci bercahaya lebih mudah menerima ilmu ilmu. Mulut hendaklah mengeluarkan perkataan perkataan yang baik baik sahaja.Setiap kata kata yang negatif atau dilarang oleh Islam boleh menggelapkan hati. Hati yang gelap susah untuk menerima dan memahami ilmu ilmu.

Terangi hati dengan amalan amalan soleh, beristighfar memohon keampunan Allah dan berselawat ke atas Rasulullah dan membaca Al Quran boleh membantu menerangi hati. In shaa Allah.

 

5. Emosi

Emosi juga sangat penting untuk membantu pelajar memahami dan mengingati isi isi pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas

Emosi pelajar perlu positif dan tenang. Pelajar perlu menjaga emosi mereka sentiasa positif dan tenang supaya mudah memberi tumpuan di dalam kelas.

Pelajar perlu bijak mengawal diri dan berhati hati dari melakukan perkara perkara yang boleh mengganggu emosi mereka menjadi negatif.

Jika ada sesuatu yang mengganggu emosi, pelajar beragama Islam boleh membaca istighfar, astaghfirullah di dalam hati sambil menyedut nafas. Beristighfar sebanyak banyaknya. Lupakan perkara yang mengganggu emosi. Tawakal dan harapkan petunjuk hidayah dari Allah.


PETUA 2

Pelajar menyebut serentak di dalam hati ayat yang disebut oleh guru semasa memberi penerangan di dalam kelas.

Objektif PETUA 2.

Pelajar boleh FAHAM 100% isi pelajaran, fakta, teori, konsep yang disampaikan oleh guru.

 

Petua 2 ini hanya dapat dijalankan jika 5 perkara dalam  PETUA 1 dapat dilakukan sebaik mungkin oleh pelajar di dalam kelas.

Petua 2 ini perlukan kerjasama terbaik dari mata, telinga, fikiran, hati dan emosi pelajar.

Pada PETUA 1 melatih pelajar mencapai FOKUS 100%. Mata, telinga, fikiran, hati dan emosi pelajar FOKUS hanya kepada guru di dalam kelas dan ayat ayat penerangan.

Setiap perkataan yang disebut oleh guru dalam ayat penerangannya mesti disebut serentak di dalam hati pelajar.

Tidak boleh tertinggal satu perkataan pun dari ayat penerangan guru semasa pelajar menyebutnya di dalam hati.

Ayat ayat penerangan yang disebut oleh guru, bila disebut serentak di dalam hati pelajar akan memudahkan otak membuat analisa dan membentuk kefahaman berkaitan isi pelajaran yang diajar.

Bermakna objektif atau matlamat PETUA 2 adalah membantu pelajar memahami penerangan guru berkaitan isi isi pelajaran.

Manakala objektif atau matlamat PETUA 1 adalah membantu pelajar FOKUS sepenuhnya kepada guru dan pengajarannya.


APPLIKASI PETUA 1 DAN PETUA 2 UNTUK MENINGKATKAN FOKUS

Jika ada pelajar kurang fokus semasa penerangan guru di dalam kelas. Guru boleh memberitahu semua pelajar kedua dua petua ini kepada semua pelajar.

Ramai pelajar tidak mengetahui sebab mengapa mereka sukar faham penerangan guru di dalam kelas disebabkan kereka tidak fokus 100%

Lebih menyukarkan keadaan lagi bila pelajar dan guru tidak mengetahui cara terbaik membantu pelajar boleh fokus 100% di dalam kelas

Selepas pelajar mengetahui cara cara untuk mereka tingkatkan fokus semasa belajar di dalam kelas, pelajar perlu melatih diri mereka membuat PETUA 1 dan PETUA 2 sehingga kemahiran fokus mereka meningkat.

Bagi pelajar pelajar Islam, amalan amalan ibadah seharian seperti solat, membaca doa doa, membaca Al Quran, membaca zikir zikir memuji Allah, membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW dan sebagainya boleh memberi ketenangan fikiran dan hati untuk membantu meningkatkan fokus semasa belajar.

Teknik pernafasan tertentu memberi ketenangan fikiran dan emosi boleh membantu meningkatkan fokus dan kefahaman pelajar.

Menjaga pernafasan juga memberikan bekalan oksigen yang mencukupi kepada sel sel saraf otak untuk menganalisa data data pelajaran yang di terima.

Otak manusia berfungsi secara optimum bila sel sel saraf otak berada pada frekuensi gelombang Alfa.

Latihan fokus PETUA 1 dan PETUA 2 kepada pelajar pelajar biasa perlukan masa dan dipraktik berterusan sehingga jadi kebiasaan.

 

PENUTUP

Kejayaan manusia di dunia dan akhirat banyak bergantung kepada keberkatan Allah.

Pelajar perlukan doa ibubapa untuk berjaya dalam apa saja bidang kehidupan.

Pelajar hendaklah memberitahu ibubapa atau penjaga supaya mendoakan cita cita, kejayaan mereka dipermudahkan Allah di dunia dan akhirat.

Keberkatan ibubapa sangat penting untuk pelajar pelajar berjaya.

Sayangi, kasihi, hormati dan berbaktilah kepada ibubapa selagi mereka masih ada di dunia.

Keberkatan ilmu dari guru guru juga sangat penting. Ini juga sangat mempengaruhi kejayaan pelajar pelajar dalam kehidupan. Hormati dan kasihi guru guru yang pernah memberi apa saja ilmu yang bermanfaat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada guru guru dan pelajar pelajar.

Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa yang memberikan kefahaman ilmu ilmu yang dipelajari.

Manusia adalah makhluk yang lemah dicipta oleh Allah Yang Maha Pencipta.. 

Manusia biasa hanya insan lemah sebagai hamba yang dipinjamkan oleh Allah dengan sifat keinginan, kekuatan, kebijaksanaan dan lain lain. 

Manusia perlu sentiasa bersyukur di atas segala rahmat, nikmat, petunjuk dan hidayah tidak terhingga dari Allah. Dengan bersyukur Allah tambah gandakan lagi nikmat.

Bersama kita memberi sumbangan yang positif memajukan negara.

Rakyat hidup bahagia sejahtera dan negara aman makmur sentosa. 

Rakyat dan negara mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Aamiinn Ya Rabbal ‘Alamin

 

BAHAN BACAAN TAMBAHAN

Boleh dibaca PERCUMA secara online di web www.jomkitamaju.blogspot.com